Thursday, 17 April 2014

Anak sofea patah kaki








Anak arnab tersebut telah diserang oleh seekor kucing yang menarik ia keluar dari kandang dan telah menyebabkan kaki belakang sebelah kanan patah hingga terkeluar tulang. Kesian sungguh. Aku mengambil keputusan untuk menyembelihnya kerana tidak mahu ia terseksa.

Friday, 28 March 2014

Hari ini bergembira, esok berduka




Baru semalam ( 25 mac 2014 ) aku mengambil gambar, esoknya  (26 Mac 2014) sudah mati tersepit dicelah kotak beranak. Sayang seribu kali sayang...

Monday, 24 March 2014

Seekor anak Sofea mati



Apa yang ditakuti akhirnya terjadi. Seekor dari 6 ekor anak Sofea mati pada pagi 25 mac 2013. 13 hari selepas dijangka lahir pada 4 Mac 2014. Sebab kematian tidak diketahui. Mungkin kerana dihimpit atau kelaparan kerana Sofea tidak memberi susu sejak dilahirkan. Aku beranggapan begitu kerana Sofea menutup lubang masuk ke kamar anak-anaknya.

Gerakan bawah tanah

 Ibu Sofea tengah berehat di bawah banglo
 Anak-anak Sofea sebanyak 6 ekor

Lubang untuk mengintai anak-anak Sofea

Alhamdulillah, ibu Sofea telah melahirkan 6 ekor anak, sebulan selepas tarikh 'perkahwinan' ( 4 Februari 2014 ). Aku menyediakan ruang bawah tanah untuk Sofea melahirkan anak secara semulajadi. Aku sentiasa memantau Sofea dari semasa ke semasa. Aku mencuba teknik kelahiran secara semulajadi selepas bosan dengan kematian anak yang berlaku jika menggunaka sistem beranak di dalam kotak beranak.

Banglo 2 Tingkat beserta sistem tapisan najis





Monday, 17 February 2014

Anak Leha mati lagi - 18 Februari 2014


Anak arnab Leha mati lagi. dari 5 ekor, yang tinggal 1 ekor jer lagi. harap-harap  panjanglah umur yang seekor lagi ni. Tak tahu sebab kematian.Ada kesan darah di hidung. sayang seribu kali sayang.

Saturday, 15 February 2014

Leha lahirkan 5 ekor anak




Leha lahirkan anak tanpa disangka-sangka. Lahirkan 5 ekor anak tapi seekor telah mati. Beranak untuk kali ke-2. Anak-anak bergelimpangan di bawah kandang pada pagi aku ingin memberi makan.

Wednesday, 5 February 2014

Anak arnab mati


 Punca kematian tidak diketahui tapi mati semasa bersama dengan ibunya di dalam satu kandang. Rugi rasanya. Dah lama mengidam nak makan daging arnab hasil belaan sendiri tapi masih belum berkesempatan lagi. Kena banyak bersabar...

Sunday, 19 January 2014

Anak arnab semakin membesar



Alhamdulillah, anak arnab semakin membesar. Ibunya telah menjaga dengan baik sekali. Nampak kegemukan badannya. Moga-moga dapat terus hidup.

Thursday, 16 January 2014

Sofea -ibu arnab jenis chincila



Ibu muda yang telah melahirkan anak sebanyak 2 kali dan anak mati semuanya. Untuk ke-3 kalinya, pada 4 Jan 2014 telah selamat melahirkan 4 ekor anak tapi 2 ekor berkemungkinan besar telah dilarikan oleh kucing jiran. Geram dibuatnya. Seekor lagi anak arnab(warna putih) hilang tanpa dapat dikesan. Hanya yang tinggal anak arnab bewarna hitam. Moga2 dapat terus hidup.

Leha - ibu arnab kacukan chincila(ibu) + angora(bapa)

 Selamat melahirkan 4 ekor anak pada 11 Januari 2014 pada usia 6 bulan 7 hari ( 4 Julai 2013 )
Mati kesemuanya 3 hari kemudian akibat kelaparan susu. Ibu muda yang tidak tahu menguruskan anak.