Anak arnab Leha mati lagi. dari 5 ekor, yang tinggal 1 ekor jer lagi. harap-harap panjanglah umur yang seekor lagi ni. Tak tahu sebab kematian.Ada kesan darah di hidung. sayang seribu kali sayang.
Leha lahirkan anak tanpa disangka-sangka. Lahirkan 5 ekor anak tapi seekor telah mati. Beranak untuk kali ke-2. Anak-anak bergelimpangan di bawah kandang pada pagi aku ingin memberi makan.
Punca kematian tidak diketahui tapi mati semasa bersama dengan ibunya di dalam satu kandang. Rugi rasanya. Dah lama mengidam nak makan daging arnab hasil belaan sendiri tapi masih belum berkesempatan lagi. Kena banyak bersabar...